Thursday, November 12, 2009

Hujan

aku nak rate album ni sebagai 14/14, sebab ada 14 track semuanya.
aku tak reti kasi bintang, ataupun rate 5/5.
jadi, kalau 14/14, maksudny semua lagu aku layan lah kan.

macamana nak cakap lagu A lebih best dari lagu B, kalau lagu ni subjektif bergantung kepada si pendengarnya lah kan. contoh cam juara lagu tahun lepas, menurut telinga aku, Stacy la patot menang, bukan band apa benda entah. macam tu.

contoh, eminem dgn laen2 lagu metal, memang aku tak layanlah, so kalau aku rate dorang, aku akan kasi 0/X (X=jumlah lagu dalam album dorang)

penat plak cakap pasal sistem rating kan.

sekarang aku nak cakap pasal vokal plak.
menurut aku yg sempat mengikuti kelas vokal ini XDDD (Statement tipu), suara Noh ni susah utk di-describe-kan.
kalau kata aku,
macam off-key, tp harmoni
macam tak dynamic, tp penegasan jelas
macam mumbling, tp dialah satu-satunya penyanyi yang aku boleh tangkap perkataan yang dia sebut
macam biasa-biasa je, tapi lagu2 dia 'hidup, ada jiwa'
dan aku tak boleh bandingkan suara dia dgn siapa2lahh.

cerita pasal track.

1. DugaanNya
lagu ni cam kesah aku, cuma takda orang nak aku jadi askar. hehe. part paling best, videoclip shoot kat Bandung.
bapanya mahukannya jadi seorang askar
bukan cita cita nya
bukan impiannya
dia terlalu muda, untuk tinggalkan keluarga
bila tiba masa, rindu mulai terasa

berkecamuk hati, hatinya sendiri
persoalannya kini sampi bila mampu ku bertahan
mampukah ku bertahan

nampak ketarakah dilema di wajahku
DILUARNYA TENANG TAPI TUHAN SAJA TAHU


2. Jiwa Kelajuan - lagu ni pun seolah menyindir aku.
destinasiku tetap sama dengan kelajuan
tidak ku gentar kerna bagiku ini masa depan
tiada penghalang bagiku dan matlamat ku hanya 1
sentiasa bersedia kemenangan pasti milik kita

3. Rantai Rasa - lagu cinta (x ska lagu cinta). background music tak terlalu kuat, so jelas apa yg si Noh ni nyanyi.

4. Bila Aku Sudah Tiada - lagu melankoli. tak ska lagu melankoli. tapi lagu dia best.

5. Luka Mana - sangat best. musik maupun lirik
rezeki haram menjilat jari
berat sebelah si tolol masihkan perkauman
kencing setan dalam botol masihkau panggil air minuman

blasah saja, yakin boleh, LUKA MANA YANG TAK PEDIH

isap rokok sampai kau lentok
hari hari boleh mati

6. Kuala Lumpur - sangat2 best. aku rasa korang familiar dgn lagu ni. hehe

7. Ahmoi Chantek - no comment

8. Pijak Hatiku - lagu cinta. aku suka vokal Noh di lagu ni.

9. Neon - aku rasa lagu ni pelik, tapi aku ska dengar

10. Ku Mahu Kau Tahu - track favorite aku!!! korang dgr sendiri la

11. Aku Scandal - familiar tune kan? hehe

12. Gundah - pun best (makin malas nak menaip)

13. Pagi Yang Gelap - best

14. Empayarmu - best best best

so kesimpulannya, terserah korang la nak bli ke tak album dia, tapi aku bli yg original, dan menurut aku , sangat2 berbaloi.

p/s- aku rasa aku takda bakat review album, len kali aku review movie plak XDDD


Wednesday, November 11, 2009

macam skrg ni, susah utk aku menulis ttg perkara yg terjadi di luar spital, sbb bila keluar spital, sampai bilik, terus tidor.
jadi tiada kejadian2 menarek yg terjadi di luar spital utk aku ceritakan.
lagipunkan, aku baru masuk clinical, so memang agak kebaru-baruan laah.
dulu time theoretical pernah baca ttg plasenta, tapi skrg dpt tgk plasenta real, terus "Woww!!!" dengan plasenta je pun aku kagum kan, hhaha

so skrg aku nak tulis ttg spital lagi. jgn bosan k.

di spital ni, selain bermacam jenis penyakit yg aku boleh jumpa, begitu juga dgn kisah2 para pesakitnya. banyak cerita2 yg aku dpt dr pesakit ni, macam cerita di sinetron/telenovela/cerekarama plak, cuma ini betul2 terjadi. sedikit sebanyak cerita2 ni menyentuh hati ku yg rapuh ini. (silakan muntah kalau nak)

1. aku menjadi pembantu kepada doktor ni menyambut kelahiran seorang bayi yang tak cukup bulan. pengalaman pertama aku melihat org melahirkanlah. bayi itu nangis setelah dilahirkan. nangis tu petanda kalau bayi itu sihat la kan. aku tengok keluarga perempuan tu semua hepi jer. aku pun ikut hepi la kan. waktu tu jam 10.30 pagi. jam 12.00 aku kuar rehat. jam 1.00 masuk balik. aku tgk keluarga perempuan tadi semua dah nangis2 dah. aku pun pelik la kan.
skali aku dpt tau, baby tu dah meninggal... wasn't a really good experience for 1st timer la kan.

2. aku buat kali keduany jadi pembantu kepada doktor lagi menyambut kelahiran, bayi yang tak cukup bulan lagi. sgt kecik, cuma 1.5kg saje. sempat hidup 1 mlm, besokny meninggal.
aku dah mula rasa kalau aku ni, ada negatif aura kot, takkan sampai 2 kali yg pertama berturut2. huhu. nasib la kali ke3 aku assist doctor utk persalinan abnormal 'forcep delivery', bayi tu survive...

3. ada 1 ibu ni, dia org miskin. sedang menunggu waktu melahirkan. dr hasil pemeriksaan USG (kalau aku tgk USG ni, gambar dia macam tv rosak saje), ada abnormality syndactyl, dan lain2. (silakan cek kamus kalau nak). biasanya abnormality ni disebabkan genetic/radiasi/ubat/racun/ dsbnya.
dari history taking, rupanya si ibu tadi pernah minum peluntur pakaian pada awal kehamilan utk menggugurkan anakny, kerana sudah tidak mampu utk menyara hidup orang baru lagi...

4. ada 1 ibu ni, terpaksa menyerahkan anakny yang baru lahir kepada keluarga lain sbg anak angkat, kerana miskin dan tidak mampu utk menyara anakny...

5. ada 1 ibu ni, sihat walafiat masuk spital. mengandung anak pertama. tetapi sewaktu proses melahirkan, terjadi emergency 'amnionic embolism... usaha untuk mengelakkan drpd terjadi perkara yg lebih buruk dilakukan, tetapi tetap saja... akhirnya si ibu meninggal dunia, meninggalkan suami dan anakny...
aku macam berfikir... nanti apa jawapan si ayah kalau si anaknya bila besar nanti tanya "kenapa ibu tiada?"

hehe. serius kan cerita2 aku skrg? tu lah, aku dah tak fun dahh. hurmm...

Friday, November 6, 2009

preeclampsia


preeclampsia - merupakan penyakit darah tinggi pada wanita hamil (dengan positif protein dalam urin), yang mana sebelum waktu kehamilan, tidak pernah mempunyai history of hypertension.

penyakit ini berbahaya kepada si ibu dan si kandungannya ok.
boleh mengancam nyawa.

jadi aku nak cerita, ada 1 pesakit ni, setelah diambil bacaan tekanan darah dia di poliklinik kandungan dengan menggunakan stetoskop dan sphygmomanometer (yg org balut kat tgn, lepas tu pam. kat sini masih macam tu, blm pakai lagi mesin tu, sbb relatif murah method yg 1 ini), dia disaspek ada penyakit ni, tp sebab belum periksa urin dia, jadi diagnosa belum dibuat.
tekanan darah dia 200/130mmHg.
(normal +/- 120/80mmHg)

jadi pesakit pun dirujuk ke emergency unit, dan ditangani oleh doktor pakar. di sana, aku arahkan satu pelajar kebidanan utk ambil tekanan darah dia lagi. dia tak membantah. doktor tanya lah dia dapat berapa, dia jawab 120/80mmHg.
berkerut dahi aku dan doktor itu. terus doktor tu ambil lagi bacaan tekanan darah si pesakit itu. doktor tak cakap apa2.
aku pun cuba sekali ambil tekanan darah pesakit itu. masih sama seperti sebelumnya, 200/130mmHg. doktor tanya aku, aku bagilah bacaan yang aku dapat.
pelajar kebidanan tuh dah cuak muka dia.
terus aku panggil dia pergi belakang, nak ngorat dia...

hahah, gurau. nak tegur dia lah.
"jadi begini, bacaan yg kamu dapat tadi salah, dan itu fatal. tekanan darah tinggi pada wanita hamil bisa mengancam nyawa si ibu dan janinnya, dan kalau kamu lakukan bacaan tekanan darah si ibu tadi sendirian, kamu bisa menduga akibatnnya kepada si ibu dan janinnya? saya tidak tahu bagaimana kamu mendapatkan bacaan 120/80 itu, tapi si ibu tadi telah diambil tensi sebanyak 6 kali, dan 5 kali bacaannya adalah 200/130mmHg. nanti kamu pelajari lagi cara yang benar, kalau tidak tahu, tanya. kalau tidak tahu, bilang tidak tahu..."

hurm, perkara simple yg macam ni buat aku berfikir. memang layak la kan kalau aku buat kesalahan yg boleh mengancam nyawa pesakit, lepas tu dimarah teruk2 oleh doktor senior (so far alhamdulillah, belum pernah dimarah).
dan tiada ruang untuk 'bermain' dalam perubatan.

p/s- aku rasa aku makin kehilangan 'sense of humor' aku, dan makin berubah menjadi manusia yg seriuss. tidaaakk!!

Tuesday, November 3, 2009

senior kata, aku terlalu skema.
terus aku gelak a la Maya Karin, cuma direndahkan 2 oktaf, pada key E.

alasan dia
1. aku tak pernah terlambat
2. aku mengikut peraturan yang ditetapkan
3. aku mengikut algorithms
4. aku tak t/tgn utk org lain, & tidak di t/tgn oleh org lain.
5. dan lain2 alasan

alasan aku
1. sebab tiada alasan untuk aku terlambat
2. sebab tiada alasan untuk melanggar peraturan yang ditetapkan
3. sebab tiada alasan untuk melanggar algorithms
4. sebab menurut aku, ini merupakan indikasi termudah dari kejujuran seseorang
5. dan lain2 alasan

bagi aku, aku tiada masalah digelar skema. skema bukanlah perkara yang buruk, selagi aku tak menjejaskan dan merugikan orang lain XDDD


aku ketawa sebab, dulu aku di sekolah

1. prep malam, aku tidur di bilik.
2. aku ponteng sekolah lebih 40 hari waktu di tingkatan 4.
3. prep pagi sabtu, aku cabut balik rumah.
4. aku meniru waktu ujian - kantoi, dan dapat anugerah 0% dari cikgu
5. aku jarang ke perhimpunan pagi
6. dan lain-lain aib. hehe

manusia memang boleh berubah^^

Saturday, October 31, 2009

yo yo yo

kau maen yoyo? aku maen. dulu time form 2 lah, boleh tahan jaguh.
Split the Atom? Roller Coaster? Boing Boing? Shoot the Moon? smua aku reti.
tapi yoyo bukanlah benda yang aku nak cerita kali ini.

seriesli, aku dah started to get annoyed by some people, disebabkan oleh status2 mereka, yang mana menurut aku, menjijikkan.
paling tak tahan, ada sorang ni, status dia lebih kurang begini maksud
"macam dah takda guna maen fb, bila tulis status, tiada orang komen pun... hurm..."
pathetic org macam tu. org tak komen status dia pun nak buat status.
terus aku HIDE dia dr fb aku
nak REMOVE, dah terlanjur add, lagipun, walaupun bukan 'kawan', tapi tetap kenal.
aku sedar yg aku ni baik bersifat esklusif terhadap mereka yang bergelar kawan.
sebabny, jarang2 org akan kata aku ni baek, sebab aku tak banyak kawan lah, sebab belum sampai 2000++ kat fb tuh XP. haha.

tapi kata kawan aku, kalau fren sampai 2000 lebih, baek buat fanpage! haha

errr, k arr. nak sambung tidur dulu.








Thursday, October 22, 2009

berkongsi kegembiraan

ada orang tafsirkan berkongsi kegembiraan tuh, adalah dgn menceritakan kenapa dia sedang hepi, dari blog, ym, facebook, skype, twitter, sampai fs dia bercerita dia sedang hepi. mcm org peduli je kan? =P

korang rasa tu ke maksud 'berkongsi kegembiraan'?

bagi aku la, berkongsi kegembiraan tu, bila seseorang tu sedang gembira, dia pun buat orang lain gembira gak. contohnya, si X ni baru dpt kerja, dia tgh hepi, so dia blanja kawan2 dia makan, macam tu =P
dia gembira sbb dpt kerja, kwn2 dia gembira kena blanja dia. hehe

so, sapa2 yg sedang gembira tu, sms2 lah aku, ajak makan? lol.


*

cerita lain

tau tak, impian aku, nak kerja kat McD? kerja part-time cam tu lah, bukan nak jadikan kerjaya pun.
aku rasa cam cara/cool/kool/keren jer kerja mcD. kemeja uniform dia belang2, pastu bakai beret.
pastu, boleh makan mcD free!!!! aku paling suka dessert kat mcD, terutama shakes diaa. wowiieeee.
so, dulu, labuan mana ada mcD. skrg dah ada, jalan kaki dari rumah aku pun sampai (tapi berpeluh-peluh laa).
aku cek2 lah jadwal aku, bila lah aku free nak kerja part time kat mcD. jumpa pun! mengikut jadwal, aku abes bljr 08/2011, dan grad 11/2011.
so, cuti tu, aku nak kerja mcD laahhh.

kalau rajin, aku nak jadi guru sandaran biologi gak. hehe.

*

cerita lain lagi

akhir2 ni, aku sgt tak cukup tidur. dah 3 hari aku tidur 7 jam jer setiap harii.
kalau dulu, aku slalu dpt tidur 9 jam sehari. tak leh jadi, mlm ni nak tidur awal!

ciaoo

Wednesday, October 21, 2009